Posts

2024

Dear me, It looks like you are growing again. All on you are growing. You yourself Your connection Your subordinate Subordinate? Seriously??? Congratulation dear for becoming head of production. The title looks nice but as we know all became big, bigger, biggest. What?? Salary? ya..ya.. Alhamdulillah Job scope? yaaaaa Burden? ooppsssss Responsibility? ya..correct. How about your knowledge? your heart? you view? vission? passion? Oh Allah, Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Kau berikan. Aamiinn.

Kecewa

Apa lagi? Hati asyik terasa. Hati asyik kecewa. Bila bos bagi tugasan, kau berusaha habis baik. Bagaikan segala ilmu dan skill kau curahkan. Kau tak berkira dengan masa. Cuba sedaya upaya. Bila sampai hari yang ditetapkan untuk present, kau rasa tak tenteram sangat. Sebab kau tak tahu apa soalan2 bos besar akan tanya. Mungkin salah Mungkin data jadi pelik. Mungkin formula tak tepat. Ketika meeting tu pun, kau masih menunggu turn kau untuk present. Orang2 sebelum kau dah ambil masa lebih 1jam. Dan tiba2 meeting tu di tangguhkan sehingga betul2 sebelum turn kau nak present. Ya Allah... Kecewanya aku rasa. Rasa macam sia2 je semua. Aku rasa hilang rasa ikhlas aku buat tugasan tu. Aku rasa macam orang permain2kan je. Sedangkan perkara yang hendak dibincangkan tu juga atas permintaan mereka. Bukan sekali. Bukan dua kali atau tiga kali. Tapi dah berkali2 benda ni jadi. Aku dah sampai tahap nak tarik diri. Nak berhenti je dari situ. Tapi bila dh tenang, aku...

PERJALANAN KEHIDUPAN

KEHIDUPAN ADAKALA BERTEMU KEBAHAGIAAN ADAKALA BERTEMU KERESAHAN ADAKALA BERTEMU KESENANGNAN ADAKALA BERTEMU KEPAYAHAN ADAKALA BERTEMU KESERONOKAN ADAKALA PERTEMU KESEDIHAN KEHIDUPAN SATU PERJALANAN YANG INDAH SATU PERJALANAN YANG GUNDAH SATU PERJALANAN YANG CERIA SATU PERJALANAN YANG GELITA YANG PASTI SATU PERJALANAN MENCARI REDHA ILLAHI SATU PERJALANAN MENGUMPUL HARTA AKHIRAT SATU PERJALANAN MENINGKATKAN KEIMANAN PERJALANAN ITU PASTI TIDAK MUDAH PASTI TIDAK SUSAH PASTI ADA TENANG PASTI ADA GELORA PERJALANAN ITU MENGAJAR ERTI SABAR MENGAJAR ERTI TOLAK ANSUR MENGAJAR ERTI PENTING DIRI MENGAJAR ERTI HAK DIRI TAPI JANGANLAH KITA TERLALU LEKA DENGAN GODAAN DUNIA SEHINGGA LUPA TUJUAN KEHIDUPAN PERJALANAN YANG BERMACAM CORAK ITU SEMUA AKAN JADI INDAH  SEKIRANYA KITA BERLAPANG DADA SEKIRANYA KITA BERSYUKUR SEKIRANYA KITA BERSANGKA BAIK SEKIRANYA KITA LAKUKAN KERANA ALLAH S.W.T AKU BUKAN SEMPURNA AKU SEORANG PEMARAH AKU SEORANG TEMAN AKU SEORANG...

MISSED - MISSING

Dear me, How are you? Did everything goes well? Did you missed any event in your life journey? Did you enjoyed it? Did you hate it? Did you hurt somewhere? Dear 2020, The year full of surprised. The year full of emotion. The year that need your focus to be better Muslim, better daughter better person (this should be always). Ya Allah, it feel too much burden on my shoulder. Sometimes I felt lost. Sometimes I felt proud. Sometimes I felt happy. Sometimes I felt sad. But You know how I felt right? #dontbesad

MOVE ON, NEW EXPERIENCE, NEW ME?

ALHAMDULILLAH... HARI NI HARI KE 31 DALAM 2019, BARU NAK UPDATE BLOG. ORANG LAIN DAN UPDATE SOC-MED KOT...HAHAHAHA WAT-A-VAH... 2019 - SERIUS MENCABAR BY THE I WILL START MY JOURNEY FOR 2019 ON 1ST FEB. PANIK? NOPE...JUST NOT FULLY READY HARAPNYA SEMUA BAIK2 SAJA.. #SUPPLYCHAIN #ACCOUNT #AUDIT

USAHA - POSITIF - 2018

Alhamdulillah Bertemu juga dengan tahun 2018. Alamak, usia meningkat? hehehe... Tahun 2018 berpotensi akan sibuk dengan perbaiki diri dari segi mental, fizikal dan rohani. Bersenam? Jogging je. Kena paksa diri demi untuk kesihatan, kekuatan. Bukan untuk fizikal, tapi sangat membantu untuk mental. Belajar? Ye, alhamdulilah rezeki belajar International Diploma in Supply Chain Management. Nervous nya. Tapi takpe, demi untuk masa depan yang lebih cerah. Keluarga? Alhamdulillah, kami adik beradik masih bersatu. Setakat konflik kecil yang masih boleh diselesaikan dengan bermaaf2an. Lapang dada. InsyaAllah semua mudah. Kerja? Ye masih kerja di tempat yang sama, jawatan yang sama, kesibukan yang bertambah. Orang kata banyak keje ni bagus, tapi kadang2 memberi tekanan. Takpe, itu semua ibadah. Ikhlas kan diri dan usaha lebih baik untuk majukan diri. Memang la keadaan sekeliling sekarang sangat mencabar, usaha untuk tidak beremosi. Banyak perubahan dalam hidup aku. Harap se...

TRIP 2 @ Genting

Image
Yeayyy... Done with 2nd trip group Mafia Sado...

HATI

Hati, Berhenti la mencari cinta manusia. Mulalah berusaha mencari cinta Allah. Dengan mencintai Allah, akan bertemu pelengkap hati. Akan bertemu dengan ketenangan. Akan beroleh keberkatan. Ya Allah, Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu

TRIP 1 @ Melaka

Image
Planned but unplanned. Itu biasa terjadi jika kita rancang bercuti bersama kawan2. Lagi2 yang memang ada komitmen keluarga. Terus menuju ke pantai Klebang, konon nak pergi dessert Malaysia. Tapi tak kesampaian. Kat pantai ni pun aktiviti melompat yang paling syok. Ini hasil terbaik lepas lebih dari 50kali snap gambar.. Ini la tukang snap gambar...hehehe

LUKA PALING DALAM

Arrrgghhhhhh... Apa lagi ni? Memanglah perkara dah lama. Tapi aku baru tahu semalam. Diceritakan semula oleh sepupuku.  Setelah kematian emak, sebagai seorang yang lebih tua sepupuku berpesan pada salah seorang abangku. "Selalu la datang jenguk ayah tu nanti. Ayah sorang2 je sekarang." Tapi jawapan balas abangku sangat dot..dot..dot.. "Ayah bukan budak keil. Pandai cari makan sendiri." - adakah ayat ini keluar kerana ego seorang anak lelaki? Atau adakah kerana masih dalam keadaan terkejut dengan kepergian emak? Hanya dia yang tahu. Tapi jika dilihat dengan keadaan sekarang, aku rasa itu adalah ego dia. Ego???? 2010  Saat itu, alangkah bahagianya rasa kerana setelah 7 tahun berhempas pulas demi penuhkan ilmu didada.  Seronoknya rasa sekiranya dapat pekerjaan selepas itu. Lelah belajar perlu dibayar..hehehe Ayah sakit. Ketika itu aku sudah tamat belajar tapi masih dalam training yang mana jika rezeki, akan terus dengan kerjaya. Tapi Alla...

DEKAT TAPI JAUH

Assalamualaikum... Banyak sungguh dugaan di bulan kelahiranku. Dari kesohatan ayah yang tak stabil sehingga emosiku juga tak stabil. Cuba untuk bersabar dan bertabah, tapi seringkali gagal. Banyak rasanya berdosa pada ayah. Tinggi suara, marah2. Haish, patutnya buat tak tahu je..buat diam je..tak perlu nak melenting. Tapi bila dah buat salah, susah sungguh nak ucap kata maaf. Tapi aku cuba sebaik boleh melayan dengan sabar karenah ayah atas kesalahan yang sebelum ini. Tapi serta merta jadi marah,geram bila ada family yang dekat takde pun kata nak balik jenguk ayah. Bukan jauh pun. Dekat tapi jauh.. 😕😕😠 Ayah ngadu dengan dia nak ubat lain, takde ke terdetik "ayah nak minta balik nk jumpa ke?" Ayah dah call minta pick up kat hospital sebab dah boleh keluar, takde terdetik ke "nak balik jumpa ayah la hujung minggu ni" tak pun "nanti call ayah semula, sebab tak dapat nak ambik, terkekang dengan urusan rutin." Ya Allah, tidak sekali aku nak tama...

sarawak

Image
alhamdulillah...akhirnya berkesempatan jejak tanah sarawak. pengalaman yang berharga dari mula menaiki pesawat, ronda2 bandar miri, pantai miri dan menuju ke Brunei. Seronok walaupun penat. Boleh pergi lagi tapi better pergi untuk kerja pula. Teringin rasanya keluar daerah. 😍😍😍

WORKING AT NIGTH

assalamualaikum..harap pembaca semua sihat sejahtera hendaknya.. Ini adalah hari yang ke-10 aku bekerja shift malam. agak seronok, pengalaman baru kan. waktu kerja pun lebih rasa selesa dan tenang. Alhamdulillah......
Image
     

PENDOSA

Ya Allah Sungguh b erdosanya aku Ya Allah Ya Allah Kau Maha Pengampun Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah Ya Allah Aku mencari kekuatan di sebalik ujianMu Ya Allah Ya Allah Banyaknya kasih sayang Kau beri padaku Ya Allah SesungguhNya, Kau Maha Pengasih Ya Allah Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah

SENDU DI HATI

Dari semalam hati ini mudah terusik. Sungguh.  Semalam Annual Dinner company tapi aku tak join sebab diorang makan kat kedai Cha Ya Nun Alif. Walaupun kat office ni ada 3orang Melayu (2 lelaki tu memang redah je makan kat mana un asalkan bukan daging K tu). Jadi aku sorang je la tak join. Semua tu memang kebiasaan dan tak pelik pun. Tapi aku jadi touching sebab dulu ada 2-3 orang lagi Melayu yang memang tak join dan Boss akan bawak kitorg makan juga walaupun bukan la kat restoran @ hotel yang bertaraf berbintang-bintang tu. Tapi tahun ni memang Boss sikit pun tak sebut. Dah la bila kat dalam office ni aku rasa terasing & di pulaukan. Semua pun akan baik dengan aku bila ada benda nak minta bantuan aku kecuali Big Boss. Aku tak kesah pun, sebab aku kan orang bawahan yang makan gaji je. Tapi aku pun ada hati dan perasaan. Bukan nak minta semua sanjung aku, cukup sekadar hormat aku sebagai rakan sekerja. Big Boss pun tahu hormat & hargai aku tau.  Tadi...

DOSA

Oleh kerana desakan nafsunya, dia telah bertindak terlalu jauh sehingga sanggup menggadaikan maruahnya hanya kerana keseronokan. Bermula dengan keinginan untuk mencuba menjadikan dia ketagihan. Sehinggalah, dia dengan tidak sengaja menyiasat latar belakang lelaki yang dikenali itu. Tapi sia-sia. Maka dia masih meneruskan kegiatannya tanpa rasa bersalah. Suatu hari, sedang melihat-lihat salah seorang rakannya di FB, bagaikan ditarik-tarik hatinya untuk 'klik' pada gambar rakannya itu (gambar bersama seorang lelaki). Alangkah terperanjatnya beliau kerana, lelaki itu adalah orang yang bersamanya. Tapi lebih mengejutkan adalah, lelaki itu adalah suami kepada rakannya. MasyaAllah.  Bermula dari situ, dia tidak berasa tenteram lagi. Dia terus nekad untuk menghentikan segala-galanya dengan lelaki itu. Tapi, hati kecilnya turut meronta untuk menghubungi lelaki itu untuk mengetahui perkara sebenar. Banyak persoalannya. Adakah lelaki itu tahu dia berkawan dengan isterinya? ...

KITA

TERKADANG KITA TERLALU JAUH, TERLALU LALAI MENGEJAR KEDUNIAAN. BILA TERBACA, TERTONTON, TERLIHAT SESUATU YANG MEMBAWA KITA INGAT KEPADA MAHA KUASA, TERASA KERDIL DIRI INI. TERASA JAUH DENGAN ALLAH LAYAKNYA. MAKA TERDETIK UNTUK BERUBAH, MENCARI, BERLARI MENDEKATKAN DIRI DENGAN-NYA TAPI... SERINGKALI TERTEWAS DI SUKU PERJALANAN. BELUM PUN SEPARUH, KITA TEWAS TANPA KITA MELAWAN SEHABISNYA.  LALU, BILA TERSEDAR DI SEPERTIGA MALAM, TERDETIK LAGI HATI INI UNTUK BANGUN SUJUD PADA-NYA, NAMUN BELUM SEMPAT HABIS FIKIR KITA TERLENA KEMBALI. KEESOKANNYA, KITA TERASA RUGI DAN TERTANYA-TANYA, "KENAPA TIDAK BANGUN SOLAT?PALING TIDAK BERDOA?"  MAKA, SEKALI LAGI KITA DIKEJUTKAN DI KEHENINGAN MALAM YANG SUNYI DAN DAMAI. YE..AKU HARUS BANGUN, BANGUN, BANGUN.. JIKA TIDAK, AKAN TERLEPAS LAGI PELUANG INI. ALHAMDULILLAH, DAPAT JUA SUJUD PADA-NYA DI KEHENINGAN MALAM YANG DAMAI ITU. DAN TELAH DAMAI JUA HATI TATKALA DAHI MENYENTUH KE LANTAI (SUJUD).ITUKAH PERASAANNYA?

Alhamdulillah

Alhamdulillah... Bersyukur masih diberi kesempatan meneruskan hidup di dunia. Ya Allah, Berikanlah aku kekuatan menghadapi ujian Mu. Ya Allah, Tabahkanlah hati ku menempuhi dugaan Mu. Ya Allah, Ku mohon, tetapkanlah hatiku, kuatkan lah iman ku dalam menerokai jalan2 kehidupan yang telah Kau aturkan ini. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Besar, Pencipta sekalian Alam, Maha Berkuasa, Penentu segala. Hamba yang kerdil

ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI

YA ALLAH, AKU HAMBA YANG KERDIL MEMOHON HANYA PADAMU MEMINTA, MERAYU HANYA KEPADA MU TERASA BERAT DUGAAN INI YA ALLAH TERASA DIRI INI LEMAH TERKADANG TERASA LELAH MENGHARUNGI JALAN BERLIKU INI TETAPI PERCAYA DENGAN APA YANG ENGKAU ATURKAN UJIAN DAN DUGAAN YANG DITURUNKAN INI MENUNJUKKAN BETAPA ENGKAU AMAT MENGASIHI KU YA ALLAH AKAN TETAPI KU TERASA TERLALU LEMAH TERLALU LELAH UNTUK MENGHARUNGI NYA MUNGKIN KERANA DOSA YANG TELAH TERLALU BANYAK  AKU LAKUKAN YANG TERKADANG TERLALU LEKA DAN LALAI YA ALLAH AKU MOHON PADA MU KAU PERMUDAHKAN LAH SEGALA URUSAN KU YA ALLAH SEGALA URUSAN KU DAN KUATKAN LAH HATI KU DALAM MENGHADAPI SEGALA UJIAN DAN DUGAAN MU  YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM....