USAHA TANGGA KEJAYAAN

Kita selalu dengar kata-kata ni "usaha tangga kejayaan". Memang betul dengan usaha kita akan mendapat kejayaan. Tapi ia perlulah disertakan dengan bukan sedikit tapi banyak kesabaran. Jadi yang utama sekarang ni adalah kesabaran. Tapi kita perlu ingat, walau kita berusaha dan kalau Allah nak duga semua tu tak menjadi. Tapi jangan sekali-kali salahkan ketentuan tu. Itu semua dugaan supaya kita merujuk kembali padaNya yang Maha Mengetahui. Jadi bila berlaku sesuatu yang tidak seperti kita rancang maka janganlah kita segan untuk minta pertolongan padaNya.

Bila berlaku semua tu, kita jadikan pengalaman hidup di dunia ni. Jangan mengeluh tapi berlapang dada lah menerima semua itu. Memang sudah lumrah bila berlaku musibah kita selalu lemah semangat. Selama ni kita rasa telah berusaha bersungguh-sungguh tapi kenapa???? Mungkin ada yang kurang dalam usaha kita tu. Jadi berusaha dan disertakan doa kepadaNya.

Last but not least, jangan kita terlalu mengharap walau kita sudah buat habis baik. Kerana bila terlalu tinggi harapan kita tapi keputusan tidak seperti yang diharapkan maka semangat kita juga akan jatuh jauh ke bawah. Tapi jangan terlalu mengikut hati. Kita kena lah bangkit semula dengan cepat.

Comments

sitinorafizah said…
setuju...

tabahkan hati mu yer adikku
kimsyikin said…
dehh...kombasmida...

Popular posts from this blog

do not know why...

my mom

1st day training