Posts

Showing posts from January, 2014

SENDU DI HATI

Dari semalam hati ini mudah terusik. Sungguh.  Semalam Annual Dinner company tapi aku tak join sebab diorang makan kat kedai Cha Ya Nun Alif. Walaupun kat office ni ada 3orang Melayu (2 lelaki tu memang redah je makan kat mana un asalkan bukan daging K tu). Jadi aku sorang je la tak join. Semua tu memang kebiasaan dan tak pelik pun. Tapi aku jadi touching sebab dulu ada 2-3 orang lagi Melayu yang memang tak join dan Boss akan bawak kitorg makan juga walaupun bukan la kat restoran @ hotel yang bertaraf berbintang-bintang tu. Tapi tahun ni memang Boss sikit pun tak sebut. Dah la bila kat dalam office ni aku rasa terasing & di pulaukan. Semua pun akan baik dengan aku bila ada benda nak minta bantuan aku kecuali Big Boss. Aku tak kesah pun, sebab aku kan orang bawahan yang makan gaji je. Tapi aku pun ada hati dan perasaan. Bukan nak minta semua sanjung aku, cukup sekadar hormat aku sebagai rakan sekerja. Big Boss pun tahu hormat & hargai aku tau.  Tadi boss bag

DOSA

Oleh kerana desakan nafsunya, dia telah bertindak terlalu jauh sehingga sanggup menggadaikan maruahnya hanya kerana keseronokan. Bermula dengan keinginan untuk mencuba menjadikan dia ketagihan. Sehinggalah, dia dengan tidak sengaja menyiasat latar belakang lelaki yang dikenali itu. Tapi sia-sia. Maka dia masih meneruskan kegiatannya tanpa rasa bersalah. Suatu hari, sedang melihat-lihat salah seorang rakannya di FB, bagaikan ditarik-tarik hatinya untuk 'klik' pada gambar rakannya itu (gambar bersama seorang lelaki). Alangkah terperanjatnya beliau kerana, lelaki itu adalah orang yang bersamanya. Tapi lebih mengejutkan adalah, lelaki itu adalah suami kepada rakannya. MasyaAllah.  Bermula dari situ, dia tidak berasa tenteram lagi. Dia terus nekad untuk menghentikan segala-galanya dengan lelaki itu. Tapi, hati kecilnya turut meronta untuk menghubungi lelaki itu untuk mengetahui perkara sebenar. Banyak persoalannya. Adakah lelaki itu tahu dia berkawan dengan isterinya?

KITA

TERKADANG KITA TERLALU JAUH, TERLALU LALAI MENGEJAR KEDUNIAAN. BILA TERBACA, TERTONTON, TERLIHAT SESUATU YANG MEMBAWA KITA INGAT KEPADA MAHA KUASA, TERASA KERDIL DIRI INI. TERASA JAUH DENGAN ALLAH LAYAKNYA. MAKA TERDETIK UNTUK BERUBAH, MENCARI, BERLARI MENDEKATKAN DIRI DENGAN-NYA TAPI... SERINGKALI TERTEWAS DI SUKU PERJALANAN. BELUM PUN SEPARUH, KITA TEWAS TANPA KITA MELAWAN SEHABISNYA.  LALU, BILA TERSEDAR DI SEPERTIGA MALAM, TERDETIK LAGI HATI INI UNTUK BANGUN SUJUD PADA-NYA, NAMUN BELUM SEMPAT HABIS FIKIR KITA TERLENA KEMBALI. KEESOKANNYA, KITA TERASA RUGI DAN TERTANYA-TANYA, "KENAPA TIDAK BANGUN SOLAT?PALING TIDAK BERDOA?"  MAKA, SEKALI LAGI KITA DIKEJUTKAN DI KEHENINGAN MALAM YANG SUNYI DAN DAMAI. YE..AKU HARUS BANGUN, BANGUN, BANGUN.. JIKA TIDAK, AKAN TERLEPAS LAGI PELUANG INI. ALHAMDULILLAH, DAPAT JUA SUJUD PADA-NYA DI KEHENINGAN MALAM YANG DAMAI ITU. DAN TELAH DAMAI JUA HATI TATKALA DAHI MENYENTUH KE LANTAI (SUJUD).ITUKAH PERASAANNYA?

Alhamdulillah

Alhamdulillah... Bersyukur masih diberi kesempatan meneruskan hidup di dunia. Ya Allah, Berikanlah aku kekuatan menghadapi ujian Mu. Ya Allah, Tabahkanlah hati ku menempuhi dugaan Mu. Ya Allah, Ku mohon, tetapkanlah hatiku, kuatkan lah iman ku dalam menerokai jalan2 kehidupan yang telah Kau aturkan ini. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Besar, Pencipta sekalian Alam, Maha Berkuasa, Penentu segala. Hamba yang kerdil