DOSA


Oleh kerana desakan nafsunya, dia telah bertindak terlalu jauh sehingga sanggup menggadaikan maruahnya hanya kerana keseronokan.

Bermula dengan keinginan untuk mencuba menjadikan dia ketagihan. Sehinggalah, dia dengan tidak sengaja menyiasat latar belakang lelaki yang dikenali itu. Tapi sia-sia. Maka dia masih meneruskan kegiatannya tanpa rasa bersalah.

Suatu hari, sedang melihat-lihat salah seorang rakannya di FB, bagaikan ditarik-tarik hatinya untuk 'klik' pada gambar rakannya itu (gambar bersama seorang lelaki). Alangkah terperanjatnya beliau kerana, lelaki itu adalah orang yang bersamanya. Tapi lebih mengejutkan adalah, lelaki itu adalah suami kepada rakannya. MasyaAllah. 

Bermula dari situ, dia tidak berasa tenteram lagi. Dia terus nekad untuk menghentikan segala-galanya dengan lelaki itu. Tapi, hati kecilnya turut meronta untuk menghubungi lelaki itu untuk mengetahui perkara sebenar. Banyak persoalannya. Adakah lelaki itu tahu dia berkawan dengan isterinya? Kalau lelaki itu tahu, adakah lelaki itu sengaja buat begitu padanya?

Keesokannya, lelaki itu menghubunginya, tanpa dapat ditahan dia telah bertanya, dan lelaki itu menjawab tanpa rasa bersalah. Katanya, baguslah dah tahu, sebab selama ini lelaki itu sememangnya telah tahu bahawa gadis ini berkawan dengan isterinya.

Terduduk rasanya perempuan itu. Rasa bersalah teramat pada kawannya dan barulah terbit rasa berdosa terhadap PenciptaNya. Ya Allah, berbagai cara engkau datangkan ujian dan kirimkan hidayah kepada hambaMu. Agar mereka sedar bahawa Engkau Maha Pengasih lagi Pengampun.


*Best tak?boleh buat cerpen or novel tak? huhu..

Comments

Popular posts from this blog

do not know why...

my mom

1st day training