Posts

Showing posts from 2017

TRIP 2 @ Genting

Image
Yeayyy... Done with 2nd trip group Mafia Sado...

HATI

Hati, Berhenti la mencari cinta manusia. Mulalah berusaha mencari cinta Allah. Dengan mencintai Allah, akan bertemu pelengkap hati. Akan bertemu dengan ketenangan. Akan beroleh keberkatan. Ya Allah, Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu

TRIP 1 @ Melaka

Image
Planned but unplanned. Itu biasa terjadi jika kita rancang bercuti bersama kawan2. Lagi2 yang memang ada komitmen keluarga. Terus menuju ke pantai Klebang, konon nak pergi dessert Malaysia. Tapi tak kesampaian. Kat pantai ni pun aktiviti melompat yang paling syok. Ini hasil terbaik lepas lebih dari 50kali snap gambar.. Ini la tukang snap gambar...hehehe

LUKA PALING DALAM

Arrrgghhhhhh... Apa lagi ni? Memanglah perkara dah lama. Tapi aku baru tahu semalam. Diceritakan semula oleh sepupuku.  Setelah kematian emak, sebagai seorang yang lebih tua sepupuku berpesan pada salah seorang abangku. "Selalu la datang jenguk ayah tu nanti. Ayah sorang2 je sekarang." Tapi jawapan balas abangku sangat dot..dot..dot.. "Ayah bukan budak keil. Pandai cari makan sendiri." - adakah ayat ini keluar kerana ego seorang anak lelaki? Atau adakah kerana masih dalam keadaan terkejut dengan kepergian emak? Hanya dia yang tahu. Tapi jika dilihat dengan keadaan sekarang, aku rasa itu adalah ego dia. Ego???? 2010  Saat itu, alangkah bahagianya rasa kerana setelah 7 tahun berhempas pulas demi penuhkan ilmu didada.  Seronoknya rasa sekiranya dapat pekerjaan selepas itu. Lelah belajar perlu dibayar..hehehe Ayah sakit. Ketika itu aku sudah tamat belajar tapi masih dalam training yang mana jika rezeki, akan terus dengan kerjaya. Tapi Alla

DEKAT TAPI JAUH

Assalamualaikum... Banyak sungguh dugaan di bulan kelahiranku. Dari kesohatan ayah yang tak stabil sehingga emosiku juga tak stabil. Cuba untuk bersabar dan bertabah, tapi seringkali gagal. Banyak rasanya berdosa pada ayah. Tinggi suara, marah2. Haish, patutnya buat tak tahu je..buat diam je..tak perlu nak melenting. Tapi bila dah buat salah, susah sungguh nak ucap kata maaf. Tapi aku cuba sebaik boleh melayan dengan sabar karenah ayah atas kesalahan yang sebelum ini. Tapi serta merta jadi marah,geram bila ada family yang dekat takde pun kata nak balik jenguk ayah. Bukan jauh pun. Dekat tapi jauh.. 😕😕😠 Ayah ngadu dengan dia nak ubat lain, takde ke terdetik "ayah nak minta balik nk jumpa ke?" Ayah dah call minta pick up kat hospital sebab dah boleh keluar, takde terdetik ke "nak balik jumpa ayah la hujung minggu ni" tak pun "nanti call ayah semula, sebab tak dapat nak ambik, terkekang dengan urusan rutin." Ya Allah, tidak sekali aku nak tama

sarawak

Image
alhamdulillah...akhirnya berkesempatan jejak tanah sarawak. pengalaman yang berharga dari mula menaiki pesawat, ronda2 bandar miri, pantai miri dan menuju ke Brunei. Seronok walaupun penat. Boleh pergi lagi tapi better pergi untuk kerja pula. Teringin rasanya keluar daerah. 😍😍😍