DEKAT TAPI JAUH

Assalamualaikum...

Banyak sungguh dugaan di bulan kelahiranku.
Dari kesohatan ayah yang tak stabil sehingga emosiku juga tak stabil.
Cuba untuk bersabar dan bertabah, tapi seringkali gagal.
Banyak rasanya berdosa pada ayah. Tinggi suara, marah2.
Haish, patutnya buat tak tahu je..buat diam je..tak perlu nak melenting.
Tapi bila dah buat salah, susah sungguh nak ucap kata maaf.
Tapi aku cuba sebaik boleh melayan dengan sabar karenah ayah atas kesalahan yang sebelum ini.
Tapi serta merta jadi marah,geram bila ada family yang dekat takde pun kata nak balik jenguk ayah.
Bukan jauh pun. Dekat tapi jauh.. 😕😕😠
Ayah ngadu dengan dia nak ubat lain, takde ke terdetik "ayah nak minta balik nk jumpa ke?"
Ayah dah call minta pick up kat hospital sebab dah boleh keluar, takde terdetik ke "nak balik jumpa ayah la hujung minggu ni" tak pun "nanti call ayah semula, sebab tak dapat nak ambik, terkekang dengan urusan rutin."
Ya Allah, tidak sekali aku nak tamak mendapat barakah dari keikhlasan menjaga ayah. Ku mohon, gerakkan la hati abang akak untuk sentiasa ingat dan kerap menghubungi ayah. Bukan duit yang dipinta, cukup sekadar perhatian dari anak2.
Jangan nanti kita menyesal kerana tak dapat menzahirkan rasa kasih, rasa hormat pada ayah.
Cukup la kita tak sempat membahagiakan emak.

Comments

Popular posts from this blog

do not know why...

my mom

1st day training