LUKA PALING DALAM

Arrrgghhhhhh...
Apa lagi ni? Memanglah perkara dah lama. Tapi aku baru tahu semalam.
Diceritakan semula oleh sepupuku. 
Setelah kematian emak, sebagai seorang yang lebih tua sepupuku berpesan pada salah seorang abangku.
"Selalu la datang jenguk ayah tu nanti. Ayah sorang2 je sekarang."
Tapi jawapan balas abangku sangat dot..dot..dot..
"Ayah bukan budak keil. Pandai cari makan sendiri." - adakah ayat ini keluar kerana ego seorang anak lelaki? Atau adakah kerana masih dalam keadaan terkejut dengan kepergian emak?
Hanya dia yang tahu.
Tapi jika dilihat dengan keadaan sekarang, aku rasa itu adalah ego dia.

Ego????

2010 
Saat itu, alangkah bahagianya rasa kerana setelah 7 tahun berhempas pulas demi penuhkan ilmu didada. 
Seronoknya rasa sekiranya dapat pekerjaan selepas itu. Lelah belajar perlu dibayar..hehehe
Ayah sakit. Ketika itu aku sudah tamat belajar tapi masih dalam training yang mana jika rezeki, akan terus dengan kerjaya.
Tapi Allah lebih sayangkan aku. Diberi ujian kepada kami, ayah jatuh sakit perlukan penjagaan sepanjang masa.
Ya, seseorang perlu berkorban. Ketika itu akulah orangnya. Iya tak salah pun berkorban. Tapi cara abangku bercakap seperti aku ni tiada hati, tiada impian.
"Balik je la, tak yah kerja dulu. Ko jaga ayah."
Sedihnya. Sedih sangat. Kalau cakap baik2 kan boleh. Kalau tak kerja, siapa pula nak bagi duit makan belanja segala? Dia ke? Bukan juga. 
Alhmdulillah, aku masih dikurniakan kakak2 yang sangat bertanggungjawab dan abg2 ipar yang banyak bekerjasama.

2014
Banjir. Aku beritahu, bos minta datang kerja esoknya. Jadi tak dapat nak kemas. Tapi aku akan minta cuti sehingga hujung minggu. Dengan harapan, dia akan datang kemas sendiri benda2 yang mudah. Tapi, itu semua dalam fikiran aku je. Bukan dalam fikiran dia. Hurmmmm....
Ya, boss marah, performance drop, aku tanggung sendiri. Itu saja pilihan yang ada.
Berulangalik dari rumah dia, banyak belanja. Toll, Minyak, jem...takpe la, sekurang2nye ayah ada orang tengok. 
Sehinggalah malam balik kerja, abang ku keluarkan kek span biasa2 je. Untuk celebrate birhtday aku. Yeayyy, hilang penat. Tapi lain pula jadinya, akak iparku seperti dalam keadaan yang marah. Maybe ada gaduh2 manja dengan abangku rasanya. Perkara itu buat aku kecil hati dengan tindakan si isteri kerana selama aku kenal, dia seorang yang tak pernah nak tunjuk dia marah depan ayah. Tapi, entahlah kan....
Disebabkan itu, weekend itu juga aku ajak ayah balik ke rumah kami. Muktamad.

2016
Rentetan aku pernah kecewakan keluargaku kerana jalan yang salah telah ku ambil.
Kemudian, perkenalan dengan seorang lelaki. ada beberapa peristiwa yang pahit (malas nak ingat).
Aku just share dengan abg akk minta pendapat. Nak keluar ke Johor dengan budak tu.
Respon akk2 & abg sorang ok. Masih dalam cara yang toleransi. Tiba2 abangku call, ketika itu masih waktu kerja dan aku ada di meja kerja. Angkat call, free dapat maki. Ya, aku bertanya minta kebenaran. Kalau tak boleh, cakap tak. Tak perlu la nak maki hamun. Tak perlu la kata aku ni bodoh ke apa. Yang tu aku masih boleh terima. Tapi ayat terakhir dia memang aku ingat sampai mati. 
"Eh kau ni, siallah..."
Ya Allah, rasa masa tu nak balik rumah. Nak nangis puas2. Ya, sebab sial sorang ni dah susah kan kau kan. Sebab sial ni la ayah kau tak duduk sorang. Makan pakai ayah kau terjaga (walaupun tak sempurna).
Ya aku salah dalam mengenal orang. Tapi ada cara untuk tegur. Bukan dengan kata2 kesat.

Kau rasa, adik kau sorang ni tabah ke? Dia hilang kasih seorang emak pada usia muda. Kau memang tak rasa sebab kau ada partner kau. kau ada family kau sendiri. Haishhhh...menangis lak...

Takpe, Allah ada. Memang solat aku masih belum sempurna tapi aku usaha ubah diri. Ubah disiplin diri. Cuba untuk lebih sabar lagi2 jaga ayah. Alhamdulillah. Allah sentiasa disisi hambaNya. Allah sentiasa dengar rintihan hambaNya. Aku berubah perlahan2. Walaupun luka itu sembuh, tapi parut dia masih meninggalkan rasa sakit.

Sehingga hari ini, aku cuba fikir baik2 sahaja dengan semua yang berlaku. Sehingga hari ini, aku cuba simpan segala cerita agar hubungan kami adik beradik tenang dan ceria. Sehingga hari ini, aku tetap akan ingt segala yang mereka tegur. Ye, abg akk kan sayang kat adik. Tak pernah tak sayang.

2017 onwards
Harapan aku untuk menjalani hidup yang lebih normal, yang lebih baik.
Doakan semuanya baik. Fikir baik2, doa baik2, minta baik2, amalkan baik2, agar hasil yang baik2 saja yang akan muncul.


Buat kakak yang akan baca, hadam dan simpan ye. Jangan sebut apa2. Biarlah jadi rahsia kita.

Ayah mak pesan, biarlah orang buat kita, jangan dibalas2 kat orang tu semula.


#copypaste

Comments

Popular posts from this blog

do not know why...

my mom

1st day training