SABAR LAH HATI...

Bersabar itu kan lumayan ganjarannya.
Mengapa perlu terburu-buru?
Apa yang dikejar?
Rimas dengan orang keliling?
Mereka semua sayangkan anda, kerana itu mereka sangant mengambil berat perihal anda.
Bukan abaikan cuma fikir secara positif dengan apa yang mereka katakan.
Lebih-lebih lagi, jika ibu @ bapa saudara anda yang berkata-kata.

Siapa yang tidak mahu kahwin?
Semua orang merancang untuk tidak hidup membujang hingga ke tua.
Tapi, kita perlu bersedia dari semua segi sebelum melangkah ke satu fasa kehidupan.
Bukan sekadar bersedia secara fizikal, tetapi mental dan sebagai seorang Islam kita perlu bersedia dari segi rohani (dalaman). 
Pendek kata sedia dengan ilmu yang penuh di dada bagi menjamin masa depan rumahtangga.

Tetapi, kita juga perlu memilih siapa pasangan kita.
Tidak semestinya orang yang kita sayang itu akan menjadi pasangan hidup kita selamanya.
Jodoh pertemuan itu ketentuannya.
Tetapi bukanlah bermaksud kita serah segala tanpa usaha.
Lebih kita usaha, maka lebih lah hasilnya.

Izinkan saya mengundur diri sementara waktu.

Comments

Popular posts from this blog

do not know why...

my mom

1st day training