USAHA - POSITIF - 2018


Alhamdulillah
Bertemu juga dengan tahun 2018. Alamak, usia meningkat? hehehe...

Tahun 2018 berpotensi akan sibuk dengan perbaiki diri dari segi mental, fizikal dan rohani.

Bersenam?
Jogging je. Kena paksa diri demi untuk kesihatan, kekuatan.
Bukan untuk fizikal, tapi sangat membantu untuk mental.

Belajar?
Ye, alhamdulilah rezeki belajar International Diploma in Supply Chain Management.
Nervous nya. Tapi takpe, demi untuk masa depan yang lebih cerah.

Keluarga?
Alhamdulillah, kami adik beradik masih bersatu. Setakat konflik kecil yang masih boleh diselesaikan dengan bermaaf2an. Lapang dada. InsyaAllah semua mudah.

Kerja?
Ye masih kerja di tempat yang sama, jawatan yang sama, kesibukan yang bertambah. Orang kata banyak keje ni bagus, tapi kadang2 memberi tekanan.
Takpe, itu semua ibadah. Ikhlas kan diri dan usaha lebih baik untuk majukan diri.
Memang la keadaan sekeliling sekarang sangat mencabar, usaha untuk tidak beremosi.

Banyak perubahan dalam hidup aku. Harap semua baik2. Moga Allah permudahkan segala urusan aku khasnya dan org sekeliling aku umumnya.

#bersyukur
#lapangdada
#positif
#usaha

Comments

Popular posts from this blog

do not know why...

my mom

1st day training